Kembara mencari Wadi
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu
bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul
masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak
sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang
tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Untuk renungan bersama.........
Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian
atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
wallahua'lam
" Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani. Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
|
hari ni...dapat lagi tambah satu benda baru...
ni dia...
jumpa tertampal kat tiang masjid..
sapa yang baca dh..atau pun TERbaca..boleh la sama2 hafal..
amalkan..
dan
sebar2kan..
...( orang yg paling berat seksaan di akhirat adalah orang yang memiliki ilmu tapi disembunyikan dari orang ramai )...mafhum hadis..
AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM SAUDARA AMMAR
Al-Fatihah buat seorang pengembara ilmu yang kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Mesir. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Dan semoga Allah s.w.t. merahmati rohnya. Ya Allah, bagaimanalah kesudahan hidupku ini pula nanti? Entah bila aku akan mengadapMu. Amalku masih kurang, jihadku masih lompang, namun aku rindukan syurgaMu yang tenang."Ya Allah, panjangkan umur kami sekiranya umur yang panjang itu lebih baik untuk kami. Matikan kami sekiranya mati itu lebih baik untuk kami, ameen...."
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh sahabat baginda r.a..Moga Allah melimpahkan rahmat ke atas mereka.
Selaku hamba Allah telah ditaklifkan ke atas setiap jiwa yang bernyawa supaya berusaha sepenuh jiwa dan raga mengejar redha-Nya dengan erti kata menghamparkan seluruh detik dan kudrat kita untuk memperhambakan diri tidak lain hanya kepada al-Khaliq.
Begitu juga halnya dengan taklifan mencari ilmu pengetahuan serta elemen yang lebih mustahak adalah bertafaqquh mendalami ilmu asas-asas yang menjadi pasak kepada kesyumulan Islam..Menyedari hakikat ini,kami Ikatan Studi Matrikulasi al-Azhar dibawah naungan Akademi al-Qur'an Medik Malaysia menyahut seruan Ilahi seterusnya berhasrat merealisasikan Wawasan Negara untuk bersama-sama turut serta berada dalam saf suatu golongan yang sentiasa di bawah lembayung rahmatnya iaitu golongan yang menuntut dan mendalami ilmu Warisan Islam atau dalam bahasa kontemporari disebut sebagai ISLAMIC SCIENCES..
Maka pada hari ini kami mula mengorak langkah untuk mencapai sasaran AZHARI PELOPOR TRANSFORMASI sebagaimana disarankan oleh Islam iaitu melahirkan Generasi Ulama' yang Umara' dengan berbekalkan perintah-perintah yang termaktub dalam dustur Kalam Ilahi al-Qur'anul Karim serta kalimah-kalimah suruhan Baginda Junjungan Besar S.A.W supaya mengejar 'gelaran' musafir atau anak rantau demi menjadi faqih,menguasai seluruh cabang disiplin ilmu.Lebih-lebih lagi dalam lapangan ilmu Agama,ilmu makrifah mengenal al-Khaliq yang seharusnya lebih berhak untuk diaulakan sebelum mendalami disiplin ilmu yang lain.
Hayatilah kisah hidup imam Syafi'i..memperhambakan diri kepada ilmu kurniaan Ilahi.Beliau yang diisyaratkan dalam hadis Baginda Nabi yang disifatkan sebagai seorang dari ahlul Bait Baginda,akan melitupi dunia dengan keluasan ilmu yang dimilikinya.Bumi Anbiya' lembah Nil ini juga turut menyaksikan kesungguhan beliau memenuhkan sanubarinya dengan ilmu sehingga mempelopori Mazhab asy-Syafi'iah.Dicatat dan dikaji tidak lain untuk menjadi bekalan umat Islam di Akhir Zaman ini yang kian hari kian lemah disebabkan semakin jauh dari agama.
Semuanya di Ardhul Kinanah,Mesir...Kiblat Ilmu-Universiti al Azhar asy Syarif..
Salam Ukhuwah..
Dicatat oleh Ikatan Studi Matrikulasi al-Azhar Akademi Qur'an
http://akademiquranmedikmalaysia.blogspot.com/
Alhamdulillah...syukur ke hadrat-Nya masih diInayahkan dengan udara untuk bernyawa...masih dikurnia kudrat untuk dimanfaat..masih diberi waktu untuk mencari ilmu.. masih dikurnia harta untuk dibelanja..masih dikekalkan keluarga untuk dicinta..dan masih ditetapkan iman untuk bergelar umat Kekasih-Nya,selawat dan setinggi syukur dapat hidup di akhir zaman sebagai seorang umat Pemimpin Teragung ,kekasih yang dirindui Abu al-Qasim-Muhammad SAW...
Gembira dalam kepenatan..itu sahaja yang dapat diungkapkan..mula mendapat ilham untuk mengarang satu research mengenai Makanan Terubah Genetik dari dudut Pandangan Islam..tamar dalam kotak yang baru dibeli menjadi asbab dikurniakan idea ni..harap-harap dapat istiqamah..amin..
makanan..kata sorang guru di malaysia dulu..akhir zaman ni,banyak yang syubhah dari yang yakin halal..dan dalam yang halal pun..berapa yang baik untuk dimanfaatkan oleh manusia..contoh..potato chips,sememangnya ia halal..tambah meyakinkan kita bila ada cop JAKIM atau sekarang dah dinamakan Halal Development Corporation ( HDC )..tapi,monosodium glutamate (ajinomoto) yang jadi ramuan produk tu seperti mana kita sedia maklum,membawa kepada kemudharatan..Justeru,formulanya di sini..menurut Islam..merujuk kepada kaedah Saddu az-Zarai'i,cegah segera dan elak perkara yang berpotensi membawa mudharat..contoh,tutup lubang di tengah jalan raya..untuk elak mudharat kepada diri kita dan kepada orang lain..
Begitu juga halnya dengan makanan terubah genetik ni..jangan dah kena diabetis baru nak minum teh tak ada gula..kari memang tak ada orang letak gula..tapi air teh kalau tak letak gula..apa bezanya dengan air kolah?
Bezanya cuma air kolah,sah digunakan berwudhu'..tapi air teh blum pernah orang buat wudhu'..dah panjang tamsilannya..semoga kita boleh manfaatkan sama-sama untuk saling mengingatkan antara kita sesama Muslim.
Hari ni jugak pegi jalan-jalan sekitar Azhar,Husin dengan 'Atabah..ni lagi satu tanda kesempurnaan ciptaan Allah ( manusia dan ragamnya ) sepertimana Firman al-Khaliq dalam Surah at-Tin ayat 4..tapi kita jarang bersyukur bila dapat nikmat..berapa orang antara Muslim yang meluangkan masa selepas solat untuk mengucapkan ALHAMDULILLAH..berapa orang pula antara kita yang iltizam dengan amalan baca doa selepas bangun tidur..benarlah Firman-Nya...Sadaqallahul 'Azim..amat sedikit hamba-Nya yang bersyukur..siapa golongan yang selebihnya?
Tak lain tak bukan adalah hamba yang kufur nikmat..kita jadi hamba pun masih gagal..macam mana mampu nak jadi pemimpin berjaya..berjaya dalam erti kata dunia dan susah tentu akhirat yang dicari..buktinya..betul ke kita hamba Allah?
Seorang hamba..bila dipanggil atau diseru tuannya..maka akan bergegas dia mencari tuannya..bagaimana kita ketika mendengar azan?
Dimana kita hari ini..kasihkan dunia dan takut mati adalah asbab kelemahan Muslim hari ini.sebagaimana sabda Rasulullah..mafhumnya..akan Allah campakkkan sifat WAHN dalam diri manusia sehingga hilang rasa gerun musuh kepadanya hilang,puncanya...kita menyimpan penyakit 2 serangkai yang kronik iaitu KASIHKAN DUNIA dan TAKUTKAN MATI..sabda Nabi mafhumnya ( setiap umat baginya fitnah,dan fitnah kepada umatku adalah harta )..dan Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 64 mafhumnya (dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanya sia-sia dan mainan)..Renungan bersama...
Indahnya Islam...menjawab semua persoalan hidup kita ( manusia dan jin ) dengan cukup sempurna,jelas dan meyakinkan..Islam adalah mudah..jika kita tetap thabit berpegang kukuh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah sebagaimana wasiat tentang peninggalan Nabi kepada kita umatnya.. Kasihnya Nabi kepada kita sehingga menangis sehingga pengsan apabila diberitakan dari Jibril AS bahawa terdapat tingkat neraka khas untuk umatnya yang ingkar..berlinangan air mata Rasulullah bila mana diberitahu ada umatnya yang akan masuk neraka..dan apa permintaan terakhir Baginda kepada malaikat sebelum dicabut nyawanya?
Galaskan kepadaku semua azab sakaratulmaut umatku ke atas diriku agar mereka tidak akan merasa sakitnya menemui mati.
Hari ni..sudah berapa kali kita berselawat ke atasnya?muhasabah bersama..agar esok dipertemukan dengannya Kekasih yang Dirindui..
MATAHARI adalah makhluk ciptaan Allah yang ditugaskan untuk membakar dirinya bagi menyinari dan menerangi kehidupan manusia dan alam semesta. Sedangkan Allah Maha Agung yang selayaknya memberi PETUNJUK (hidayah) kepada hamba-Nya. MATAHARI disebutkan di dalam al-Quran, malah surah ke-91 dinamakan dengan Surah asy-Syams (MATAHARI) di mana Allah berfirman : "Demi MATAHARI dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya..." (Surah asy-Syams, ayat 1 - 2)
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
abawaini habibain
tinta murabbi
Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.
Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.
Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :
Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”
(al-Dzaariyat : 56)
Firman Allah dalam surah al Baqarah :
Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(al-Baqarah : 30)
Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.
Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :
”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”
Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.