Kembara mencari Wadi

Kembara mencari Wadi

“Setiap amal ada waktunya, dan setiap waktu ada amalnya”



Alhamdulillah..Hadiah dari seorang sahabat,Dr. Ahmad Nazmi pelajar tahun 3 Perubatan Universiti Ain Syams semasa khatimah mesyuarat jawatankuasa pelaksana Program Kecemerlangan ARMA. Cukup bermakna nasihat ini bagiku. Kemuliaan keperibadiannya membuatkan diriku sentiasa maqam akhlaknya sebagai pedoman. Setiap kali liqa’ dengan beliau akan dibekalkan dengan nasihat yang amat berhikmah..pada hari yang sama, aku mencari apakah dia erti nasihat dan erti fitnah..bertanya kepada seorang senior bergelar ustaz, katanya secara ringkas “orang hari ni lazimnya akan anggap nasihat adalah pada tempat dan kadar yang bertepatan dengan perlakuan dibuat seseorang..tapi kalau tak betul, dikatakan fitnah.” Beberapa hari mengimbas apakah maknawi kalam ustaz tersebut..mungkin pada diriku juga ada sifat itu. Selalu minta diterima nasihat oleh orang lain, padahal bila orang menasihati ku pada hal yang baik dan untuk kebaikan, lantas akan terlintas buruk sangka kepadanya. Contohnya, A menasihati B supaya jauhkan diri daripada sesuatu kemungkaran.. Padahal situasi sebenarnya, B tidak pun melakukan maksiat..maka si terus memarahi B dengan mengatakan “wahai A, aku tidak pernah terfikir membuat kemungkaran, apatah lagi melakukannya dengan tanganku sendiri..ini adalah fitnah.” itulah realitinya umat manusia hari ini.. Pedoman pada tempat yang betul adalah nasihat, pada situasi yang umum dianggap fitnah”
Lupakah wahai anak Adam, pesan al –Mustafa kekasih Allah :
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad- Dariy, dari Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya agama adalah nasihat.” Kami bertanya “kepada siapa?” Jawab baginda “kepada Allah, kitabnya, kepada Rasul-Nya, kepada seluruh umat Islam umumnya.”
HR Muslim


Dari Jarir bin Abdullah ra : “aku telah menyaksikan Rasulullah saw menyeru kepada : mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan nasihat-menasihati.”
Muttafaqun ‘alaih
(Dipetik dari Riyadhus Salihin : 186 dan 187)

Adakalanya terdapat segelintir masyarakat yang tidak senang duduk dengan nasihat dan pedoman tauladan yang dihadiahkan..Kenanglah ia sebagai rahmat sebagai satu Nazratullah kepada kita (pandangan Allah) bermakna kita tidak terabai dari pentadbiran-Nya. Dan bersyukurlah sungguh pun kita terpaksa menerima nasihat yang pahit dengan asbab kesalahan kita sendiri atau tidak.. Jangan sekali-kali menolak teguran yang diberi. Elakkan diri bersifat sepertimana golongan manusia yang disebut dalam Hadith sebagai kumpulan manusia yang tidak dipandang oleh Allah pada hari Kiamat iaitu salah satunya adalah orang miskin yang sombong. Apa signifikannya ‘miskin yang sombong’ ini?


MENILIK DIRI DI CERMIN YANG BERDEBU

Inilah diri kita pada saat ini..miskin yang maha sombong. Samalah seperti orang sesat di padang pasir pada malam seorang diri. Tetapi tidak mahu mengangkat muka ke langit meminta inayah Allah dan panduan bintang-bintang. Lebih malang lagi jika dia mengetuai segerombolan manusia mengembara..sudah tentu akan sesat dan menyesatkan.
Sa’udzubillah min dzalik..
7. dan (ingatlah) ketika Tu
ekadar muhasabah diri al-faqir ini..apakah jawapan lazim kita berikan pada penasihat yang datang kepada kita? “ala...buat hal masing-masing sudahlah...kubur lain-lain..” Betapa hebatnya manusia pada hari ini..lupa kepada kudrat dan iradat dirinya adalah sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh Allah. Lihatlah..Kenanglah..Syukurilah nikmat sebelum kemurkaan-Nya menimpa dirimu dalam keadaan dilaknat..nhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim ayat 7)
Mengapa perlu berkata demikian..dan wajarkah ia? Andai jawapannya YA..muhasabahlah diri semoga tidak termasuk dalam golongan yang kebanyakan pada hari kiamat..Amin..Fikirkan,tekunilah..mengapa kita diseru supaya membetulkan saf,dengan meluruskan diri dan membetulkan keadaan orang disebelah kita sebelum memulakan solat berjemaah?


104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara Yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Ali Imran : 104)

Tugas para Rasul adalah menyampaikan risalah Tauhid selain membawa rahmat ke seluruh pelosok alam.Demikian juga tugas para golongan berilmu..membawa pedoman dan nasihat kepada ahlinya serta walaupun dicemuh.


14. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah at-Taghabun : 14)

Sabda Nabi saw : “para ulama’ (ilmuwan) adalah pewaris para nabi.”
68. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan Aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.
(Surah al-A’raf : 68)


Salam mahabbah
Muhammad Bin Suhaimi
Anjung al-Atrak, Masjid al-Azhar
Kaherah

Apa Maksud Sebuah Perjalanan Diriku?


لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
(Surah Al-Baqarah 2:286)

286.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan Berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Alhamdulillah masih diberi inayah dari Nya untuk menggerakkan jari-jemari ini dengan kudrat dan iradat Nya..Masih diizinkan bernafas dalam udaran milik Nya tanpa dikenakan apa-apa imbalan.Selawat dan salam kepada hanya untuk baginda Rasulullah. Dijanjikan kepada kita lindungan naungan syafaat kepada seluruh umatnya meskipun tidak pernah bersua,tidak pernah berjumpa berbual dan seumpamanya.Alhamdulillah....segala puji untuk Nya dan kerana Nya kita hidup. Sebagaimana taqrir yang diucap setiap kali solat..sesungguhnya solatku...ibadahku... hidupku...matiku hanya untuk Pencipta Pemilik Alam buana.
Namun dalam tika mana lidah kita bertasbih, tangan beramal dengan sedekah, hati disibukkan dengan mengagungkan Nya, tanpa disedari wujud dan bercambah besar benih-benih desuktif dalam lubuk hati..muhasabah buat diriku..dan mungkin juga hadafnya mengutarakan komentar..seharusnya benih-benih ini tidak wajar disemai. Tetapi jika wujud pun ia, sudah pasti jawapannya perlu dibuang dan semestinya bukan untuk di simpan.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُون
(Surah Al-Anfal 8:2)
2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.


Wahai Zat yang Memiliki diri ini dengan izzah Mu, cantaskanlah benih-benih salbi ini dari diriku dan diri saudara-saudara ku..Mulanya dari wujud ketidaksyukuran dengan nikmat yang Allah beri, memutik pula buah-buah lain..buruk rupanya, berduri, pahit pula rasanya..tidaklah ianya terkecuali, sama ada pokok yang muda atau tidak, rambutan atau durian..tinggi atau rendah..sampai masanya orang cuma akan bertanya “pokok ni berbuah elok tak?”...bukan berapa tahun umurnya waktu berbuah..Atau dalam erti kata lain, senioriti..

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء(24)تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُون(25
(Surah Ibrahim 14:24-25)
24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

SEKADAR PERSOALAN - MENGINSAFI KEKHILAFAN
Maha Suci Dia Maha Penyayang dan Maha Pendendam (Al Muntaqim)...diriku yang terlalu banyak salahnya pun masih Dia redha untuk berjalan di atas hamparan muka bumi ciptaanNya..Masih diberi rahmat mengembara mencari permata Hikmah di Ardhil Kinanah ini..kelmarin berjumpa dengan seorang tua sambil menunggu bas selepas maghrib..masih teringat sewaktu pulang dari Azhar.. “kamu dari mana”, ku jawab “Malaysia...sekarang tinggal di asrama penuntut Malaysia Abbasiah”... “bersyukurlah wahai anakku, negeri mu kaya dengan rahmat, tapi rahmat itu semuanya berbayar”...ku tanya...apa maharnya? “solatmu..ibadahmu...anggota badanmu hanya untuk Rabbul ‘Alamin”...
Allahu Akbar...jiwa ini jarang menerima nasihat..mungkin terlalu banyak humor sehingga sempit benakku..sejak menjejakkan kaki di bumi Barakah ini..ku cari apa dia hikmah dan nasihat..juga tentang thiqah..malu sendiri bila berbicara isu thiqah ini...kenapa? kata seorang guruku...betapa susahnya perawi hadith dahulu merawikan hadith...perlu menjaga hafalan,amalan seprti umum tahu..tapi bila dibicara fasal thiqah...lihatlah...betapa banyaknya hadith yang diklasifikasikan sebagai maudhu’, diragui dan sebagainya..
Hanya sebagai tamsilan, diri perawi hadith tadi diperhatikan beribu-ribu mata selama 24 jam setiap hari..sehinggakan andaikata apabila ulama’ tadi tanpa sengaja melangkah masuk ke dalam bilik air dengan kaki kanan, maka gugurlah semua hadith yang diriwayatkannya kerana hilangnya thiqah..Muhasabah untuk diri ku ini...sekadar renungan sendiri,betapa jauhnya diri ku dengan Islam..selalu memberi nasihat namun masih tak keruan jiwa dipandu..Teringat pula ceritera seorang sahabiah... “jangan jadikan diri kita sebagai asbab kepada terputusnya rahmat Allah kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada saudara sendiri”.
Seorang ustaz menunjukkan ku sebuah tamsilan yang cukup baik untuk menjadi qudwah umat... “satu hari, anta keluar dari arma, dah lewat nak ke kuliah...masa tunggu bas, anta nampak seorang wanita yang buta berjalan seorang diri.. dua tiga minit anta perhatikan...rupanya dia nak melintas jalan tapi kereta banyak..masa tu cuma anta sorang saja yang nampak dia nak melintas...soalannya...apakah anta akan tolong orang tadi? Dia buta...tapi dia perempuan..anta lelaki..tambah plak,anta sorang je nampak..apa akan anta buat?”
Cukup berhikmah kata-katanya..Allah memilihnya untuk menasihati aku...dan aku Allah pilih untuk mendengar, menerima nasihatnya..Allahu akbar...hebatnya Dia mentadbir alam..tiada siapa yang terabai..baik sebesar-besarnya makhluk sehingga sekecil-kecilnya kejadian....semua telah ditentukan rezekinya...terkenang kembali...alhamdulillah,dalam sehari dua ni pun aku terima satu rezeki yang aku kira..dan aku anggap ia teguran dari seorang Ustazah yang Allah hantar dia untuk menegur keegoanku mungkin..syukur padanya..tapi terkilan pada kata-katanya barang sedikit, tetapi tidaklah tercalar..adakalanya kereta yang kita sayang, maka Allah takdirkan supaya ianya dicalarkan..jika difikirkan secara positif dan optimis, mungkin ianya sebagai satu teguran dari langit...Dia murka kepada hambanya yang meletakkan nikmat yang diberi mengatasi Zat-Nya sendiri...kalau tidak..nescaya kita akan disibukkan dengan kereta tersebut..Tetapi ia juga bergantung kepada sensitiviti seseorang hamba itu, boleh jadi dia akan perasan....boleh jadi dia akan terus berburuk sangka dengan Allah...bagaimana boleh jadi begitu? Suuz zan kepada makhluk akan buka pintu suuz zan kepada Penciptanya...Siapakah Pencipta manusia? Bukan yang ku kesali adalah takdirnya ke atas ku sedemikian rupa..tetapi hematku mengatakan aku ditohmah bukan dengan adil....seterusnya diiklankan...Allahu rabbi..


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ(44)وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ(45
(Surah Al-Baqarah 2:44-45)
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

45. dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;


Allah bersumpah dalam satu hadith Qudsi mafhumnya “ Sesungguhnya Aku (ketentuan Ku) adalah (mengikut) sangkaan dan pandangan seseorang hamba kepada Ku”....terdetik dalam hatiku...aku tak buat apa yang dia kata..kenapa sampai macam tu ‘keras’nya teguran padaku...alhamdulillah...cukup berhikmah..dan aku takkan memilih untuk membuka aibnya dan aib saudaraku selainnya..
Suatu natijah yang dapat dipintal simpulkan, keikhlasan hanya akan diperoleh dari tingkat amal yang dimulakan dan dicetuskan dari keinginan hamba itu sendiri..Dan ilmu yang dimiliki serta pengalaman hasil dari senioriti bukanlah untuk dijadikan sebagai wadah bagi menunjukkan ‘siapa lebih baik’.. “islah diri mu Muhammad”,pesan seorang guru semasa memimpin pelajar di alam sekolah dulu.. “Jangan jual ayat Allah dengan dunia,kalau tak...laknat Allah lah yang paling layak bagi kita dan tak ada tempat untuk kita masa tu”

وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُون
(Surah Al-Baqarah 2:41)
41. dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

Hidayah Allah akan datang kemudian selepas seseorang mula mengikhlaskan amalnya serta mengerjakannya dengan sempurna.Seterusnya,jadikanlah diri kita sebagai asbab atau wasilah kepada terbukanya pintu rahmat untuk orang lain...doakan kesejahteraan dan hidayah untuk seteru adalah diprioritikan oleh Rasulullah sebelum sumpah laknat..Sebaliknya..adalah haram dan ditegah keras ke atas seseorang hamba mengiklankan keaiban saudaranya...lebih-lebih lagi perbuatan yang tidak dimaksudkan sedemikian.Seumpama mencerekakan kepada umum “bahawa si fulan ini rupanya begini”....tanyalah diri kita...mengapa tidak ditanyakan soalan itu kepada diri sendiri? islah nafsak wad’u ghairak...mungkin diri ini telah terlupa kata-kata Imam Hasan al Banna tersebut..banyak yang ku tahu mengenai dirinya..tetapi apakah mengenalinya sekadar untuk mengisi waktu lapang?atau sekadar kain alas untuk menghalalkan diri ku bergelar pejuang...apa yang dimiliki langsung tidak diamati...apatah lagi untuk diamal..mungkin juga ku mengenali harakah ini...persatuan,kelab,jawatan ku sekadar pentas untuk memenuhkan entry blog untuk diwacanakan kepada umum..Mungkin....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ(2)كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ(3)إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ (4
(Surah As-Saff 61:2-4)
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.



SALAM KASIH SELUAS MAHABBAH
Muhammad Bin Suhaimi

Abbasiah, Kaherah




Eidul Adha di lembah Nil

luvly mum

abawaini habibain

abawaini habibain

tinta murabbi

Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.


Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.


Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.



Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :



Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

(al-Dzaariyat : 56)


Firman Allah dalam surah al Baqarah :



Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(al-Baqarah : 30)


Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.


Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :


”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”


Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.



Justeru, mahasiswa perlu berjiwa negarawan yang merasakan bahawa amanah memimpin Malaysia adalah salah satu amanah dari Allah. Islam tidak sekadar anugerah Allah kepada individu akan tetapi perlu diadaptasikan agar bertepatan dengan nilai Islam sebagai ”rahmatan lil ’alamin”. Ibadah itdak boleh diabaikan dan perlu diluaskan maksudnya agar selari dengan konsepnya yang sebenar. Pada masa yang sama tugas kekhalifahan tidak boleh dikesampingkan. Mahasiswa harus memikirkan bagaimana hendak mengibadahkan khilafah dan pada masa yang sama mengkhilafahkan ibadah. Pemikiran sebegini harus di bina sejak awal lagi. Mana mungkin Sultan Muhammad al-Fateh akan berjaya membuka Constantinople sekiranya jiwanya tidak dipasak awal bahawa ”akulah pembuka Constantinople”. Hasil jiwanya yang dipasak kuat sejak kecil, maka semangat juangnya tidak terpadam dalam perjuangan membuka Constantinople walaupun cabaran yang dihadapinya begitu besar.