Kembara mencari Wadi
Bismillah..setinggi selawat dan sesempurna salam untuk hadrat kekasih hati, malam yang hening..malam ini ku isi waktu dengan sambungan nota adab arabi (sastera arab)..InsyaAllah berbaki 6 hari sebelum mula imtihan niha'i.
.::Camar yang pulang ::.
Selesai imtihan, banyak tugasan lain menunggu. Teringat kata imam Syeikh Ahmad, tanggungjawab adalah satu taklif (amanah), bukannya satu tasyrif (kemuliaan). Dan tiada kemuliaan datang tanpa taklif. Atas keperluan ini juga akan berdiri satu kaedah fiqh iaitu 'ma lam yatimmul wajib fa huwa wajib'. Dalam erti kata lain, 'sesuatu perkara yang tidak sempurna perkara wajib tanpanya, adalah wajib'.
Mendaulat kalimah Allah adalah fardhu ain kepada semua muslim mukallaf. Secara tipikalnya, kerja dakwah ini juga adalah sebahagian pecahan darinya. Jika ia belum sempurna,maka wajib ke atas kita untuk menyempurnakannya. Walaupun apa caranya, asalkan matlamatnya tetap sama.
Pemahaman tuntas terhadap prinsip ini akan membawa para da'i mengenali kemampuannya untuk bangun melaksanakan tugas dakwah. Inilah jawapan bagi mereka yang sering berfikir, "mengapa perlu bersusah-susah bersengkang mata cari idea untuk kerja dakwah,sedangkan sudah ramai pendakwah di malaysia.."
Justeru, mari rapatkan saf sama-sama mengubah paradigma muslim. Tapi adakalanya para da'i alpa bila mana di uji. Padahal ianya tidak lain hanyalah satu peluang untuk kita membuktikan kepada Allah keikhlasan hati dalam perjuangan. Ayuhlah, ujian mematangkan kita dan jangan bicara tentang perjuangan kalau takut dilukai.
Beberapa rencana diatur sepanjang fatrah cuti di Malaysia nanti setelah imtihan. Antaranya:
-19 Jun 2010 : tamat imtihan
-26 Jun 2010 : terbang pulang ke Malaysia
-27 Jun 2010 : tiba di KLIA jam 9.15 malam
30 Jun : Mesyuarat Dasar Pelaksana Kem Nadwah SAMTTAR
1 Julai : Mesyuarat Pelarasan Program Orientasi AQ
8 Julai : Persiapan Fasa Akhir KNSQ SAMTTAR
13 Julai : Mesyuarat Pelarasan dan Taklimat fasilitator PROTEEM masjid Putrajaya
abawaini habibain
tinta murabbi
Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.
Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.
Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :
Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”
(al-Dzaariyat : 56)
Firman Allah dalam surah al Baqarah :
Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(al-Baqarah : 30)
Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.
Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :
”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”
Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.
0 ulasan:
Catat Ulasan