Kembara mencari Wadi

Kembara mencari Wadi

Jaulah Semenanjung Sinai’10 Dewan Malaysia Kaherah,Republik Arab Mesir


Chalet Dahab



Madinah Nakhlah,Suez







Kesan ukiran lembu Samiri pada batu


Sempadan Mesir-Israel (Palestin)



Gurun Sinai




Bismillah..syukur ke hadratNya dengan kurnia inayah,qudrah dan hidayah kepada ku bersama-sama menjayakan program rehlah tersebut.Bertemakan “Jaulah Tautan dan Mahabbah” Alhamdulillah boleh dikatakan ianya mencapai misi pada tema,namun secara holistic,sebagai hati yang mencintakan kecemerlangan, ana masih belum punya kemampuan untuk berkata tentang kejayaan projek ini.


Walaubagaimanapun,program dua sesi tersebut –ikhwah:8 hingga 10 Febuari 2010 & akhawat 13-15 Febuari 2010 umumnya member pengalaman yang cukup bermakna bagi mereka yang mencintai alam sejarah dan hikmah.Justeru,seinfitini lafaz tasyakkur kepada Nya,serta setinggi-tinggi penghargaan didedikasikan khusus buat keseluruhan warga kerja dan sekretariat pelaksana program,juga tidak lupa kepada para peserta yang turut sama memberi komitmen tidak berbelah bagi dalam mengejar misi ini.


Alhamdulillah bagi diri yang kerdil ini,amat berasa puas hati setelah selesai sesi kedua jaulah..syabas kepada para jawatankuasa ikhwah yang menjadi tulang belakang program,daripada unit catering hinggalah kepada unit ‘air kotak dan biskut’yang telah bertungkus-lumus sejak fasa persiapan awal sampailah rombongan kami tiba semula di ARMA(DMAK).Pelbagai pengalaman baru yang takkan habis untuk dititipkan,namun Cuma sekadar sedikit perkongsian buat manfaat bersama.Kata hukama’:

“Orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada pengalaman serta kesilapan orang lain.Orang yang sederhana adalah orang yang belajar dari dirinya sendiri.Dan golongan terakhir adalah mereka yang tidak mempelajari dari dirinya sendiri,bahkan juga dari orang lain.”

Salah satu telaga - 'uyun Musa

Inilah kata Abah yang selalu mengingatkan diriku supaya berhati-hati dalam urusan agama.Kerana agama adalah hidup..Lebih tertarik apabila kata-kata inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran sepanjang perjalanan dua kali pergi balik ke semenanjung Sinai,-bumi bersejarah-Di sinilah tempatnya dimana Yahudi kaum nabi Allah Musa alahissalaam dan nabi Harun diuji,diberi nikmat,dan juga ianya tempat mereka menerima laknat Allah.Di banjaran Tih mereka disesatkan selama 40 tahun,di celahan gunung yang serupa kerana ingkar kepada ajaran Nabi Musa dan kufur kepada nikmat Allah setelah di lepaskan dari cengkaman Firaun.Sehingga Allah melaknat mereka dengan penghinaan kekal di sisi Allah dunia dan akhirat.

181. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya." Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): "Rasakanlah olehmu azab yang membakar."

Ali ‘Imran:181

Dan juga dalam surah al-Maidah ayat 64:

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia[430]. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

[430]. Maksudnya: tak seorangpun yang dapat membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

Ayat ini diturunkan pada ketika Rasulullah menghadapi tekanan hebat dari musuh Islam dan Muslim sehingga para sahabat mengambil keputusan untuk menjadi pengawal keselamatan Rasulullah.Kemudian diturunkan ayat ini menyatakan Allah akan melindungi Rasulullah dari kebinasaan ciptaan musuh-musuhnya.

-diriwayatkan at –Tabrani dari ibn Abbas radhiyallahu ‘anhum(asbab annuzul al-Imam as-Suyuti)


Bekas Kem tentera Yahudi
(Perang Mesir-Israel)




Berkelah di tengah gurun (bas rosak)



Wadi Arbain-Lembah
(tempat pertemuan 40 anbiya' dengan Nabi Musa alahimussalam)




Catatan hari pertama di Sinai 13 Febuari 2010

Dahab,Mesir

0 ulasan:

Catat Ulasan

Eidul Adha di lembah Nil

luvly mum

abawaini habibain

abawaini habibain

tinta murabbi

Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.


Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.


Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.



Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :



Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

(al-Dzaariyat : 56)


Firman Allah dalam surah al Baqarah :



Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(al-Baqarah : 30)


Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.


Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :


”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”


Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.



Justeru, mahasiswa perlu berjiwa negarawan yang merasakan bahawa amanah memimpin Malaysia adalah salah satu amanah dari Allah. Islam tidak sekadar anugerah Allah kepada individu akan tetapi perlu diadaptasikan agar bertepatan dengan nilai Islam sebagai ”rahmatan lil ’alamin”. Ibadah itdak boleh diabaikan dan perlu diluaskan maksudnya agar selari dengan konsepnya yang sebenar. Pada masa yang sama tugas kekhalifahan tidak boleh dikesampingkan. Mahasiswa harus memikirkan bagaimana hendak mengibadahkan khilafah dan pada masa yang sama mengkhilafahkan ibadah. Pemikiran sebegini harus di bina sejak awal lagi. Mana mungkin Sultan Muhammad al-Fateh akan berjaya membuka Constantinople sekiranya jiwanya tidak dipasak awal bahawa ”akulah pembuka Constantinople”. Hasil jiwanya yang dipasak kuat sejak kecil, maka semangat juangnya tidak terpadam dalam perjuangan membuka Constantinople walaupun cabaran yang dihadapinya begitu besar.