Kembara mencari Wadi

Kembara mencari Wadi

“Setiap amal ada waktunya, dan setiap waktu ada amalnya”



Alhamdulillah..Hadiah dari seorang sahabat,Dr. Ahmad Nazmi pelajar tahun 3 Perubatan Universiti Ain Syams semasa khatimah mesyuarat jawatankuasa pelaksana Program Kecemerlangan ARMA. Cukup bermakna nasihat ini bagiku. Kemuliaan keperibadiannya membuatkan diriku sentiasa maqam akhlaknya sebagai pedoman. Setiap kali liqa’ dengan beliau akan dibekalkan dengan nasihat yang amat berhikmah..pada hari yang sama, aku mencari apakah dia erti nasihat dan erti fitnah..bertanya kepada seorang senior bergelar ustaz, katanya secara ringkas “orang hari ni lazimnya akan anggap nasihat adalah pada tempat dan kadar yang bertepatan dengan perlakuan dibuat seseorang..tapi kalau tak betul, dikatakan fitnah.” Beberapa hari mengimbas apakah maknawi kalam ustaz tersebut..mungkin pada diriku juga ada sifat itu. Selalu minta diterima nasihat oleh orang lain, padahal bila orang menasihati ku pada hal yang baik dan untuk kebaikan, lantas akan terlintas buruk sangka kepadanya. Contohnya, A menasihati B supaya jauhkan diri daripada sesuatu kemungkaran.. Padahal situasi sebenarnya, B tidak pun melakukan maksiat..maka si terus memarahi B dengan mengatakan “wahai A, aku tidak pernah terfikir membuat kemungkaran, apatah lagi melakukannya dengan tanganku sendiri..ini adalah fitnah.” itulah realitinya umat manusia hari ini.. Pedoman pada tempat yang betul adalah nasihat, pada situasi yang umum dianggap fitnah”
Lupakah wahai anak Adam, pesan al –Mustafa kekasih Allah :
Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad- Dariy, dari Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya agama adalah nasihat.” Kami bertanya “kepada siapa?” Jawab baginda “kepada Allah, kitabnya, kepada Rasul-Nya, kepada seluruh umat Islam umumnya.”
HR Muslim


Dari Jarir bin Abdullah ra : “aku telah menyaksikan Rasulullah saw menyeru kepada : mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan nasihat-menasihati.”
Muttafaqun ‘alaih
(Dipetik dari Riyadhus Salihin : 186 dan 187)

Adakalanya terdapat segelintir masyarakat yang tidak senang duduk dengan nasihat dan pedoman tauladan yang dihadiahkan..Kenanglah ia sebagai rahmat sebagai satu Nazratullah kepada kita (pandangan Allah) bermakna kita tidak terabai dari pentadbiran-Nya. Dan bersyukurlah sungguh pun kita terpaksa menerima nasihat yang pahit dengan asbab kesalahan kita sendiri atau tidak.. Jangan sekali-kali menolak teguran yang diberi. Elakkan diri bersifat sepertimana golongan manusia yang disebut dalam Hadith sebagai kumpulan manusia yang tidak dipandang oleh Allah pada hari Kiamat iaitu salah satunya adalah orang miskin yang sombong. Apa signifikannya ‘miskin yang sombong’ ini?


MENILIK DIRI DI CERMIN YANG BERDEBU

Inilah diri kita pada saat ini..miskin yang maha sombong. Samalah seperti orang sesat di padang pasir pada malam seorang diri. Tetapi tidak mahu mengangkat muka ke langit meminta inayah Allah dan panduan bintang-bintang. Lebih malang lagi jika dia mengetuai segerombolan manusia mengembara..sudah tentu akan sesat dan menyesatkan.
Sa’udzubillah min dzalik..
7. dan (ingatlah) ketika Tu
ekadar muhasabah diri al-faqir ini..apakah jawapan lazim kita berikan pada penasihat yang datang kepada kita? “ala...buat hal masing-masing sudahlah...kubur lain-lain..” Betapa hebatnya manusia pada hari ini..lupa kepada kudrat dan iradat dirinya adalah sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh Allah. Lihatlah..Kenanglah..Syukurilah nikmat sebelum kemurkaan-Nya menimpa dirimu dalam keadaan dilaknat..nhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim ayat 7)
Mengapa perlu berkata demikian..dan wajarkah ia? Andai jawapannya YA..muhasabahlah diri semoga tidak termasuk dalam golongan yang kebanyakan pada hari kiamat..Amin..Fikirkan,tekunilah..mengapa kita diseru supaya membetulkan saf,dengan meluruskan diri dan membetulkan keadaan orang disebelah kita sebelum memulakan solat berjemaah?


104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara Yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Ali Imran : 104)

Tugas para Rasul adalah menyampaikan risalah Tauhid selain membawa rahmat ke seluruh pelosok alam.Demikian juga tugas para golongan berilmu..membawa pedoman dan nasihat kepada ahlinya serta walaupun dicemuh.


14. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah at-Taghabun : 14)

Sabda Nabi saw : “para ulama’ (ilmuwan) adalah pewaris para nabi.”
68. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan Aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.
(Surah al-A’raf : 68)


Salam mahabbah
Muhammad Bin Suhaimi
Anjung al-Atrak, Masjid al-Azhar
Kaherah

1 ulasan:

  1. um. masyitah Says:

    assalamualaikum
    salam aidil adha

    Posted on 23 November 2009 9:32 PG  

Catat Ulasan

Eidul Adha di lembah Nil

luvly mum

abawaini habibain

abawaini habibain

tinta murabbi

Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.


Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.


Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.



Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :



Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

(al-Dzaariyat : 56)


Firman Allah dalam surah al Baqarah :



Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(al-Baqarah : 30)


Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.


Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :


”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”


Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.



Justeru, mahasiswa perlu berjiwa negarawan yang merasakan bahawa amanah memimpin Malaysia adalah salah satu amanah dari Allah. Islam tidak sekadar anugerah Allah kepada individu akan tetapi perlu diadaptasikan agar bertepatan dengan nilai Islam sebagai ”rahmatan lil ’alamin”. Ibadah itdak boleh diabaikan dan perlu diluaskan maksudnya agar selari dengan konsepnya yang sebenar. Pada masa yang sama tugas kekhalifahan tidak boleh dikesampingkan. Mahasiswa harus memikirkan bagaimana hendak mengibadahkan khilafah dan pada masa yang sama mengkhilafahkan ibadah. Pemikiran sebegini harus di bina sejak awal lagi. Mana mungkin Sultan Muhammad al-Fateh akan berjaya membuka Constantinople sekiranya jiwanya tidak dipasak awal bahawa ”akulah pembuka Constantinople”. Hasil jiwanya yang dipasak kuat sejak kecil, maka semangat juangnya tidak terpadam dalam perjuangan membuka Constantinople walaupun cabaran yang dihadapinya begitu besar.