Kembara mencari Wadi
Alhamdulillah..setinggi lafaz tasyakkur dirafa’kan kepada Pemilik semesta alam dengan limpah inayah dari-Nya diri ini masih thabat meneruskan satu perjalanan panjang yang memenatkan. Meneruskan misi hidup, tiba sekali lagi di Perlembahan Nil yang penuh barakah dan maghfirah dalam jejak kedua untuk mengutip mutiara penuh berharga. Kata orang, sampai di Mesir betulkan niat..pastikan ia teguh pada paksi yang betul.Bukan pada paksi condong yang rebah. Masih terngiang pesan Ma bermain di benak di kala kelapangan.. “pergilah belajar..sampai masa,baliklah bawak sesuatu untuk Mama.” Seinfiniti terima kasih dedikasi khusus buat Abah yang tak jemu dengan mentarbiyah diri ini juga menjadi asbab kepada terjejaknya kaki ini di Ardhil Kinanah yang dilimpahi barakah. Tidak lupa kepada Mama dengan sabarnya melayan kerenah dan ragam yang bermacam-macam. A. Lan dengan sopannya..Kak Lina dengan tasamuhnya..Izzah dengan kekuatan dan usahanya..Hasanah dengan diri dan perasaannya..Husna dengan lucunya..Madihah dengan manjanya.. Dedikasi tak terhingga buat Teman seperjuangan yang sentiasa mendoakan kekuatan memohon ithbatkan jiwa ini terus melangkah merentas ranjau berduri. Hanya doa rabitah ku titipkan setiap semoga hati-hati ini terus bertaut dalam taufiq dan inayah-Nya. Terima kasih atas segala nasihat, pedoman dan teguran dalam usaha membina sahsiah jiwa yang tandus kering ini. Sekali lagi bermula sebuah kisah kembara di wadi ilmu Mesir Bumi Anbiya’..Alhamdulillah..perjalanan selama 12 jam dalam penerbangan berbagai perkara yang hinggap dalam ruang pemikiran. Berlepas dari KLIA jam 12.10 malam dan tiba di Kaherah pada jam 6.20 pagi. Syukur semuanya seperti direncana. Tiba di Terminal 3 Cairo International Airport disambut sahabat-sahabat, Ust Zaidi dan Ust Hakimi yang menunggu di sana hamper 2 jam..Semoga kalian dilimpahkan rahmat menghadapi mujahadah tersebut. Tiba di ARMA jam 7.45 pagi kemudian terus bergegas ke kuliah untuk hari pertama ku menjejakkan kaki di Tahun Satu di Fakulti Sains Islam, Universiti Al-Azhar. Segala puji hanya mutlak untuk-Nya dan kerana-Nya.. Muhammad Bin Suhaimi, Abbasiah,Kaherah
abawaini habibain
tinta murabbi
Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.
Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.
Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :
Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”
(al-Dzaariyat : 56)
Firman Allah dalam surah al Baqarah :
Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(al-Baqarah : 30)
Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.
Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :
”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”
Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.
Nuur Halimatus Saadiah Says:
salam 'alaik..
Alhamdulillah,syukur..
selamat meneruskan perjuangan..
Moga Allah cekalkan dan kuatkan hati2 ini..
Ameen~
Posted on 26 Oktober 2009 pada 5:00 PTG
Biskuit Says:
(°' A smile 4 you..
no words to say~
Posted on 29 Oktober 2009 pada 8:52 PG