Kembara mencari Wadi
Virus (HCl)N1 telah menyerang negara dengan begitu hebat, dan menyebabkan kematian hampir 99.99% penduduk dunia. Akibatnya dunia bakal musnah dalam masa beberapa jam dari sekarang. Hanya ada satu kapal angkasa untuk dibawa ke planet lain, yang boleh memuatkan 5 orang sahaja. Oleh itu, ANDA diberi kuasa untuk memilih 4 orang sahaja (5 orang termasuk anda) daripada senarai di bawah untuk dibawa naik ke kapal angkasa. Senarai tersebut adalah:
Seorang ibu yang mengandung
Banduan yang mahir ICT
Pemimpin yang diktator
Ahli ekonomi yang biasa rasuah
Seorang jurutera (engineer) yang pemalas
Seorang hartawan yang kaya raya
Seorang komando yang cacat
Seorang peguam yang putar belit
PERBINCANGAN:ANDA yang terpilih akan memilih 4 orang dari senarai di atas. Mungkin ramai yang memilih ibu yang mengandung untuk dibawa. Kenapa? Agaknya sebab anak yang dibawa bakal menjadi pemimpin masa hadapan yg mengubah dunia baru tu. Tapi agaknya nk tunggu berapa tahun baru baby tu jadi pemimpin ye? In the mean time, mak dia ke jadi pemimpin kt tempat baru tu?Mungkin ada yg berpendapat sgt perlu membawa hartawan yang kaya raya. Kenapa? Agaknya kerana duit yg byk tu mampu membeli banyak material dan kelengkapan sepanjang mengusahakan dunia baru tu. Tapi, nama lg dunia baru, tempat baru. Ada ke hypermarket cm Mydin, Giant dll kt sana?
Dari segi pemilihan, akan timbul hujah yg pro dan kontra. Ibarat membina sebuah perahu, ada masanya ada yang kena potong, ada kena ketuk. Kadang2 kena kikis pun ada. Tapi nak cantik cat elok2 nmpak ceria sikit. Point di sini adalah dalam berhujah, semua pandangan perlu diraikan. Ada yang melihat perspektif keperluan kemahiran kejuruteraan lebih penting untuk difikirkan tanpa perlu melihat sikap malas yang dimilikinya. Kenapa? Mungkin kerana masa dan suasana setempat mampu mengubah perangai seseorang. Tetapi tak kurang juga yang menolak hujah sebegini kerana dirasakan malas itu jika dah sebati dengan diri seseorang menyebabkan sukar untuk diubah terutama dlm masa yg singkat.Justeru, apa yg penting adalah hujah. Yang terbaik adalah hujah yg tidak diselitkan dengan sentimen emosi, perasaan, hubungan dgn seseorang, mahupun perkauman atau kebangsaan. Biarlah hujah itu asli, original dan rasional untuk dibawa dalam perbincangan dsb. Apa yg penting sejauh mana hujah yg dipertahankan bakal membawa kepada satu keputusan yg mampu membawa perubahan yg lebih baik. Berbalik kepada 8 pilihan tadi, sesiapa sahaja dari senarai tersebut boleh dipilih, tetapi mestilah di atas dasar hujah yg kukuh yg boleh memberi keyakinan kpd para penghujah iaitu ANDA.KESIMPULAN:Apa yang pasti menjadi kesimpulan adalah sejauh mana hujah yg dipertahankan mampu memberi kesan yg terbaik kepada dunia baru ini. Tetapi bagi modul ini, bukan setakat ANDA berhujah terhadap 4 orang yg dipilih untuk pergi bersama ANDA ke dunia baru tersebut tetapi yg ingin diperhatikan adalah sejauh mana anda mampu mengenali diri anda sendiri dari sudut KEKUATAN dan KELEMAHAN sebagai orang ke-5 pergi ke dunia baru tersebut. Justeru, kenalilah diri anda, setakat mana kemampuan diri yg ada perlu digunakan semaksimum mungkin malah berusaha mencabar diri untuk melaksanakan perkara yg lebih hebat lagi. Kenapa?
abawaini habibain
tinta murabbi
Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.
Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.
Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :
Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”
(al-Dzaariyat : 56)
Firman Allah dalam surah al Baqarah :
Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(al-Baqarah : 30)
Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.
Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :
”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”
Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.
0 ulasan:
Catat Ulasan