Kembara mencari Wadi
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu.
Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"
DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan
itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk.
Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu
riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka.
Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak
berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati
juga tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas.
Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.
Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu
ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan,
hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal
ditempuhi kelak.
Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi
yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir
bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa
had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang
berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab serta
menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.
*Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,* demikian ditegaskan
oleh Rasulullah. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki
dalam tempoh yang panjang.
Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu
pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan
lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang
ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.
Nabi pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia
oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak
menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh: *Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan.*
Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, baginda merasakan masih kurang lagi
amalan. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira
24 jam.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; *Barang siapa banyak
tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.
Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.
Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh
Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan
gigi tanpa bersuara kuat.
Beberapa sahabatnya pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."
Diriwayatkan bahawa Rasulullah suka menziarahi orang sakit dan menghulurkan
bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika baginda sendiri dalam
kesempitan. Baginda amat menghormati tetamu juga tuan rumah. Justeru baginda
tidak pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya sendiri, malah tidak
pernah ketawa dengan kuat.
Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka
menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan
disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin
Harits menyebut: *Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum
melebihi Rasulullah.*
Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika Rasulullah sedang berjalan
tiba-tiba datang seorang lelaki lalu merentap baju baginda dengan kasar
sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki itu memohon kepada Rasulullah
untuk diberikan kepadanya sedikit pemberian. Rasulullah sambil tersenyum
terus memaafkan lelaki itu. Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf
walaupun kepada musuhnya.
Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi sesuatu ubat akan
berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah
berwasiat janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu
bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul
masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak
sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang
tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Untuk renungan bersama.........
Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian
atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
wallahua'lam
" Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani. Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
|

hari ni...dapat lagi tambah satu benda baru...
ni dia...
jumpa tertampal kat tiang masjid..
sapa yang baca dh..atau pun TERbaca..boleh la sama2 hafal..
amalkan..
dan
sebar2kan..
...( orang yg paling berat seksaan di akhirat adalah orang yang memiliki ilmu tapi disembunyikan dari orang ramai )...mafhum hadis..
abawaini habibain
tinta murabbi
Mahasiswa adalah aset negara. Hal demikian kerana mahasiswa adalah generasi intelek yang menjadi harapan kepada masyarakat. Kekuatan semangat, intelektual dan idealisme tinggi merupakan kuasa penting mahasiswa. Justeru, hakikat ini perlu disedari dan diimplimentasikan agar kualiti mahasiswa pada hari ini selari dengan harapan masyarakat. Masyarakat juga meyakini, mahasiswa adalah harapan untuk menjadi pemimpin yang berintegriti tinggi.
Oleh itu, skop pemikiran mahasiswa tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana hendak hidup kaya raya. Tidak cukup sekadar memikirkan bagaimana membina keluarga bahagia. Tidak memadai sekadar memikirkan design rumah idaman yang ingin dibina satu hari nanti. Akan tetapi, skop pemikiran mahasiswa memerlukan sedikit anjakan agar berjiwa besar. Mahaiswa harus berfikir seperti seorang negarawan. Memikirkan bagaimana halatuju ekonomi negara. Pendidikan bagaimana yang boleh memanusiakan manusia. Halatuju politik bagaimana yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Masyarakat bagaimana yang dicita-citakan.
Mahasiswa tidak boleh bersifat individualistik kerana kita adalah makhluk sosial yang bertanggungjawab sesama masyarakat. Justeru, mahasiswa perlu berfikir bagaimana ingin menjadi generasi yang diimpikan oleh masyarakat sebagaimana yang disebut oleh alQaradhawi sebagai ”generasi kemenangan yang dinanti-nantikan”. Mahasiswa mestilah berfikir sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab membangunkan negara dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Ini bukanlah satu angan-angan kosong semata-mata akan tetapi tanggungjawab yang harus difikirkan bersama untuk menyempurnakan amanah Allah kepada hambanya sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :
Maksudnya : ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”
(al-Dzaariyat : 56)
Firman Allah dalam surah al Baqarah :
Maksudnya :Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(al-Baqarah : 30)
Mahasiswa tidak boleh mengabaikan tugas memeperhambadakan diri kepada Allah. Pada masa yang sama konsep ibadah yang telah disalah tafsir perlu diperbetulkan. Mahasiswa perlu jelas akan konsep ibadah yang begitu luas. Melksanakan tugasan sebagai seorang negarawan juga adalah ibadah. Pemahaman sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi mahasiswa walaupun dari pelbagai aliran pembelajaran dan bidang. Konsep ibadah sebenar adalah konsep yang adil kepada semua. Dengan ini, pemikiran mahasiswa tidak hanya memandang bahawa mereka dari bidang agama sahaja yang paling bertaqwa dan tinggi ibadahnya. Akan tetapi, penguasaan ilmu yang pelbagai kerana Allah serta sesuatu amalan yang memberi manfaat kepada orang ramai juga adalah ibadah besar yang akan mendapat ganjaran dari Allah. Maka beruntunglah mereka yang menguasai pengetahuan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti ekonomi, pendidikan, undang-undang, kejutureaan dan sebaginya.
Tugas sebagai khalifah juga tidak boleh dilupakan. Sebagaimana disimpulkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya yang mahsyur, Ahkam Sultaniyyah. Tugas utama khalifah ialah :
”Menegakkan agama serta mentadbir dunia dengan agama”
Tugas tersebut perlu disempurnakan. Mahasiswa Islam tidak boleh menganggap sudah melaksanakan tugas menegak agama dengan sekadar slogan yang dilaungkan. Akan tetapi mahasiswa Islam perlu berfikir bagaimana agama hendak diimplimentasikan dalam mentadbir dunia yang juga adalah amanah seorang hamba daripada Allah. Tugas ini selalu diabai dan dikesampingkan walhal ianya juga adalah amanah Allah kepada manusia.








